Sasuke*Naruto*Sakura*Kakeshi sensai
Assalammualaikum...salam sejahtera bagi non-muslim. Dah lama rasanya tak buat entry baru. Rasanya ni entry pertama bagi tahun 2014. Sibuk dengan homeworks/study bagai penat giler. Tapi dah lumrahkan nak tak nak sebagai seorang pelajar harus mengharungi benda itu.
Berbalik kepada entry kali ni. Nampak tak gambar Naruto yang sedih tu. Sebenarnya NK nak cerita pasal tarikh keramat 14/01/2014. Ada apa dengan tarikh tu...? Tarikh tu sebenarnya merujuk kepada hari lahir NK. Hari yang paling NK semangat. Hahh lupa nak bagi tahu tapi korang mesti tahu kan tarikh merupakan hari apa selain hari lahir NK, Hari Maulidur Rasul. Hari dimana Nabi Muhammad A.S dilahirkan kedunia.
Bangun seawal pagi, dengan semangat yang membara, tangan ringan mencapai penyapu dan sapu seluruh rumah lepas tu dalam 1030 pagi NK pergi rumah Su`aidah kawan NK. Kat sana NK dengan dua orang kawan NK lagi buat kerja sekola. Walaupun kami tak satu kelas tapi NK tak kisah. Asalkan kerja sekolah NK siap. Bila balik rumah semua tengah tunggu nak makan sama-sama. Apa yang spesialnya pasal lunch tu, nasi hujan panas(nasi warna-warni) plus kari ayam. Nasi hujan panas tu sempena tempat NK lahir dulu, Kampung Solok Duku, Jalan Hujan Panas. Hahh kena sangatlah tu.
Malam pulak NK pergi TS(Taiping Sentral) Puas NK tanya Mak dan Abah NK, tapi diorang tak bagi tahu nak buat apa TS tu. Jalan punya jalan tiba-tiba Mak dan Abah berhenti kat salah satu kedai yang menjual gadget smartphone. Dalam hati NK dah teka adakah datang sini nak beli....
Abah: Pilih mana satu headphone.NK dah macam tak percaya. Apa lagi pilih punya pilih dapat juga beli headphone. Hasrat yang selama 3 tahun akhirnya tercapai juga. Tapi semalam iaitu 15/01/2014 sedang NK menikmati lagu LEDApple, band korea yang NK minat tu melalui headphone baru tu, satu bunyi mengganggu hawa telinga NK. Ohh tidakkkkkkkkkkkk head phone tu patah kat dia punya penyambung antara batang dan speaker dia. Hati NK kacau bilau. Baru beli dah jadi macam ni NK macam nak menangis kenangkan headphone baru NK tu. Abang NK check dan dia cakap tak ada apa-apa rosak pun cuma sendi yang menyambung speaker dan batang dia je rosak. Alhamdulilah boleh dengar lagi lagu yang terkandung dalam headphone tu. Apa-apa pun tunggu jelah Abang NK baiki. Okeylah setakat sini dululah...Assalammualaikum dan...
*Sai*
byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee